Thursday, November 25, 2010

Kunjungan Ke Rh. Bana, Sebauh, Bintulu

                                                                                             Ini adalah saya.

                   Ketika majlis makan malam bersama penduduk rumah panjang sebelum balik ke bandar Bintulu.

                                             Antara peserta yang mengikuti lawatan ke rumah panjang tersebut.

                               
                                        Ketika melakukan aktiviti poco-poco bersama penduduk rumah panjang.

                             Ketika hendak pergi ke rumah panjang, jalan raya terputus akibat banjir.

                                        Ketika hendak pergi ke rumah panjang, jalan raya terputus akibat banjir.

                                      Ketika hendak pergi ke rumah panjang, jalan raya terputus akibat banjir.

              Beramah mesra dengan penduduk di rumah panjang ini sementara menunggu kakitangan lain sampai.

           Beramah mesra dengan penduduk di rumah panjang ini sementara menunggu kakitangan lain sampai.

                                                                   Keadaan rumah panjang..

                                                          Keadaan tanaman pokok cempedak.

                                                  Ketika mengunjungi ladang pokok cempedak.

                                                              Buah cempedak jenis Nancem.

                                                        Buah cempedak jenis Cempedak-Durian.
                                                                   Buah cempedak jenis Nancem.

                                                             Buah cempedak yang telah rosak.

 Bersama-sama pengurus ladang cempedak ini yang merupakan salah seorang kakitangan Jabatan Pertanian Sebauh dengan kakitangan PPK serta kakitangan Jabatan Pertanian daripada Simunjan.

                                                Antara peserta-peserta tanaman cempedak ini.



                                              Penyampaian cenderamata kepada ketua rumah panjang.

                                          Penyampaian cenderamata kepada ketua rumah panjang.




Rumah Bana merupakan salah sebuah rumah panjang moden yang telah mendapat banyak penganugerahan daripada kerajaan negeri Sarawak hasil daripada usaha penduduk di rumah panjang di situ. Ladang kontrak tanaman cempedak ini merupakan salah satu aktiviti tanaman yang dilakukan secara usahasama dengan Jabatan Pertanian serta daripada FAMA.

Ladang kontrak ini disertai oleh 38 orang iaitu satu hektar tanah untuk seorang peserta. Antara jenis cempedak yang ditanam di sini ialah cempedak kacukan Nancem iaitu kacukan nangka dengan cempedak, cempedak jenis CH-48 serta daripada cempedak durian. Cempedak jenis nancem merupakan cempedak yang banyak ditananm di sini disebabkan cempedak jenis CH-48 yang menghasilkan buah setahun sekali serta cempedak jenis cempedak-durian yang mempunyai saiz buah yang kecil iaitu 700 gram hingga 900 gram per biji.

Cempedak jenis nancem ini selain daripada pokoknya menghasilkan buah yang banyak iaitu sebanyak 68 biji/pokok, buahnya juga bersaiz besar iaitu mempunyai berat yang boleh mencecah sehingga 28 kg/biji disamping keenakkan buahnya. Manakala keuntungan yang diperolehi selepas jualan ialah sebanyak RM1800.00 sehingga RM2000.00 untuk tiap-tiap musim jualan.

Lawatan Ke Rumah Dunggat, Sg. Mas, Bintulu

 Keadaan Ladang Nenas yang diusahakan oleh penduduk di sini yang pada masa itu ditenggelami oleh air.







Ladang nenas yang diusahakan oleh penduduk di sini ialah nenas jenis moris. Ladang ini merupakan ladang kontrak yang telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Bintulu serta mendapat kerjasama daripada pihak FAMA serta daripada institusi perbankan yang berkaitan. Menurut penduduk di sini yang merupakan salah seorang peserta ladang kontrak ini, keuntungan yang diperolehi adalah lebih kurang RM1000-RM3000 per peserta untuk tiap-tiap musim kutipan hasil tersebut. Untuk seorang peserta, tanah yang dikhaskan untuk mereka ialah satu hektar untuk satu orang.

Nenas ini telah ditanam secara berperingkat agar dapat memudahkan peserta mengutip buah nenas ini dengan mudah serta agar tidak berlaku lambakan di pasaran tempatan. Menurut mereka lagi, hasil tanaman ini akan dijual di pasaran Bintulu. Untuk itu juga, penduduk telah meminta Jabatan Pertanian Bintulu amnya agar dapat memberikan pandangan serta latihan dari segi pencarian bentuk pasaran yang baik supaya hasil tanaman ini terjamin. Selain itu juga, peserta ini juga mengamalkan replanting atau penanaman semula nenas yang dilakukan selepas pokok nenas ini menghasilkan 3-4 kali hasil tanaman. Ini bagi menjamin kualiti dan jumlah buah yang dihasilkan.

Agriculture Training Centre Bintulu

                                                     Gambar bersama staf Jabatan Pertanian Bintulu.

                                            Ladang atau tempat tanaman rumput bagi makanan kambing.


                                                  Mesin pemotong rumput untuk makanan kambing.

                                                                    Anak-anak kambing.







 Gambar bersama kakitangan PPK dan Jabatan Pertanian serta para petani daripada Simunjan yang melakukan kunjungan ke ATC.






Ini adalah tepat kat ATC Bintulu yang saya kunjungi beberapa minggu yang lepas. Ini merupakan salah satu jenis haiwan ternakan di situ yang dipelihara untuk dijual kepada penduduk tempatan selain daripada menjadi tempat rujukan untuk para bakal penternak yang menjalani latihan di ATC (Agriculuture Training Centre) ini.

Tempat ini merupakan pusat latihan yang penting di bahagian Bintulu dan sekali lagi akan dibangunkan semula oleh kerajaan Sarawak pada tahun hadapan iaitu tahun 2011 setelah sekian lama terbiar. Hidup ATC...

Selain itu, kawasan ATC ini juga merupakan tempat latihan untuk para petani tempatan bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pertanian yang berkaitan.

Menurut kakitangan yang menguruskan kambing ini, kos untuk membina rumah ternakan kambing ini adalah sebanyak RM88 ribu untuk rumah yang berkeluasan 132 x 36 kaki yang dibina pada tahun 2008. Untuk hasil jualan pula, 1 kg kambing ini yang dijual kepada penduduk tempatan adalah beharga RM26/kg. Tempoh matang kambing ini ialah 12 bulan dan hanya dijual selepas 12 bulan.

Manakala untuk fosil atau tahi kambing ini pula akan dijual kepada sebuah syarikat tempatan yang membeli tahi segar ini dengan harga RM0.30/kg. Menurut pengurus projek ini juga, jika kambing ini diberi makan yang secukupnya maka selepas 12 bulan, berat seekor kambing ini boleh mencecah 30 kg-35 kg. Manakala untuk makanan kambing pula, dedak akan diberikan iaitu dedak campuran yang diperolehi daripada syarikat tempatan yang berlokasi di Kuching dengan harga RM90.00 untuk 50 kg dedak campuran. Selain itu, kambing ini juga akan diberikan makanan rumput yang dipotong daripada padang tanaman rumput iaitu sebanyak 400 gram/ekor.