Thursday, November 25, 2010

Lawatan Ke Rumah Dunggat, Sg. Mas, Bintulu

 Keadaan Ladang Nenas yang diusahakan oleh penduduk di sini yang pada masa itu ditenggelami oleh air.







Ladang nenas yang diusahakan oleh penduduk di sini ialah nenas jenis moris. Ladang ini merupakan ladang kontrak yang telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Bintulu serta mendapat kerjasama daripada pihak FAMA serta daripada institusi perbankan yang berkaitan. Menurut penduduk di sini yang merupakan salah seorang peserta ladang kontrak ini, keuntungan yang diperolehi adalah lebih kurang RM1000-RM3000 per peserta untuk tiap-tiap musim kutipan hasil tersebut. Untuk seorang peserta, tanah yang dikhaskan untuk mereka ialah satu hektar untuk satu orang.

Nenas ini telah ditanam secara berperingkat agar dapat memudahkan peserta mengutip buah nenas ini dengan mudah serta agar tidak berlaku lambakan di pasaran tempatan. Menurut mereka lagi, hasil tanaman ini akan dijual di pasaran Bintulu. Untuk itu juga, penduduk telah meminta Jabatan Pertanian Bintulu amnya agar dapat memberikan pandangan serta latihan dari segi pencarian bentuk pasaran yang baik supaya hasil tanaman ini terjamin. Selain itu juga, peserta ini juga mengamalkan replanting atau penanaman semula nenas yang dilakukan selepas pokok nenas ini menghasilkan 3-4 kali hasil tanaman. Ini bagi menjamin kualiti dan jumlah buah yang dihasilkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.