Gambar bersama staf Jabatan Pertanian Bintulu.
Ladang atau tempat tanaman rumput bagi makanan kambing.
Mesin pemotong rumput untuk makanan kambing.
Anak-anak kambing.
Gambar bersama kakitangan PPK dan Jabatan Pertanian serta para petani daripada Simunjan yang melakukan kunjungan ke ATC.
Ini adalah tepat kat ATC Bintulu yang saya kunjungi beberapa minggu yang lepas. Ini merupakan salah satu jenis haiwan ternakan di situ yang dipelihara untuk dijual kepada penduduk tempatan selain daripada menjadi tempat rujukan untuk para bakal penternak yang menjalani latihan di ATC (Agriculuture Training Centre) ini.
Tempat ini merupakan pusat latihan yang penting di bahagian Bintulu dan sekali lagi akan dibangunkan semula oleh kerajaan Sarawak pada tahun hadapan iaitu tahun 2011 setelah sekian lama terbiar. Hidup ATC...
Selain itu, kawasan ATC ini juga merupakan tempat latihan untuk para petani tempatan bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pertanian yang berkaitan.
Menurut kakitangan yang menguruskan kambing ini, kos untuk membina rumah ternakan kambing ini adalah sebanyak RM88 ribu untuk rumah yang berkeluasan 132 x 36 kaki yang dibina pada tahun 2008. Untuk hasil jualan pula, 1 kg kambing ini yang dijual kepada penduduk tempatan adalah beharga RM26/kg. Tempoh matang kambing ini ialah 12 bulan dan hanya dijual selepas 12 bulan.
Manakala untuk fosil atau tahi kambing ini pula akan dijual kepada sebuah syarikat tempatan yang membeli tahi segar ini dengan harga RM0.30/kg. Menurut pengurus projek ini juga, jika kambing ini diberi makan yang secukupnya maka selepas 12 bulan, berat seekor kambing ini boleh mencecah 30 kg-35 kg. Manakala untuk makanan kambing pula, dedak akan diberikan iaitu dedak campuran yang diperolehi daripada syarikat tempatan yang berlokasi di Kuching dengan harga RM90.00 untuk 50 kg dedak campuran. Selain itu, kambing ini juga akan diberikan makanan rumput yang dipotong daripada padang tanaman rumput iaitu sebanyak 400 gram/ekor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.